Pages

Subscribe:

Wednesday, March 15, 2017

Teks Ucapan Pelancaran NILAM

Terima kasih pengacara majlis.

Salam sejahtera dan salam Negaraku Malaysia.

Yang Berusaha  Puan Normala Guru Besar SK Gedok, guru-guru penolong kanan, guru- guru penolong kanan, guru-guru  dan murid-murid sekalian.

      Seperti yang kita telah sedia maklum, program NILAM merupakan program menggalakkan minat membaca buku yang telah dijalankan di semua sekolah di seluruh negara semenjak tahun 1999. Oleh hal demikian, saya amat berharap semua murid dapat benar - benar memahami objektif program ini seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah dirancang oleh guru perpustakaan dan media serta guru NILAM.

      Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Datuk Seri Khairil Awang berkata. “Kementerian Pendidikan bercadang menambah baik program Nilam, bukan sahaja mensasarkan pertambahan bilangan buku melalui pembacaan berkualiti dari segi fiksyen, intelektual dan ilmiah iaitu aras pembacaan aras tinggi dan kita memerlukan bahan-bahan (berunsur) analisa. Datuk Seri Khairil juga menambah bahawa program Nilam berjaya meningkatkan kadar pembacaan dalam kalangan murid iaitu daripada 19 buku setahun sejak Nilam diperkenalkan lebih 10 tahun lalu, kini meningkat kepada 25 buku setahun. Seterusnya penambahbaikan program Nilam memberi tumpuan kepada kualiti bacaan dengan keutamaan bahan bacaan bukan fiksyen dan aktiviti penggayaan selepas membaca. Ia seiring dengan perkembangan corak pembelajaran semasa yang beri fokus kepada pembelajaran abad ke-21 terhadap aspek pembinaan kemahiran berfikir aras tinggi dan kreatif,” katanya.

Sebagaimana yang kita semua ketahui juga, pembangunan dan kemajuan sesuatu bangsa ialah penguasaan ilmu pengetahuan dan pembinaan budaya ilmu yang cemerlang. Jadi bagaimanakan kita menjana pengetahuan dan menguasai ilmu yang begitu banyak. Jawapannya adalah melalui pembacaan. Dengan membaca kita dapat menjana pemikiran yang kritis dan kreatif yang dapat memangkin kemajuan bangsa dan negara. Justeru , amalan ini perlu ditanamkan dalam diri dan hal inilah yang menyebabkan Program NILAM dilancarkan dengan tujuan mencapai misi dan visi yang digariskan oleh kerajaan.

      Dalam Program NILAM, murid boleh membaca bahan-bahan  dalam pelbagai genre, bahasa dan bentuk asalkan menambahkan pengetahuan, sebelum membuat catatan ringkas di dalam buku rekod yang disediakan. Antara bahan yang boleh dibaca selain buku-buku termasuklah komik, menonton video, artikel, risalah, brosur, majalah dan pelbagai lagi bahan. Mulai Julai tahun 2017 NILAM tambahbaik akan mula dilaksana di semua sekolah-sekolah seluruh Malaysia secara berperingkat. Fokus dan pendekatan  adalah lebih kepada kualiti bahan bacaan, literasi maklumat dan pembudayaan ilmu. Taklimat berkaitan NILAM tambahbaik akan diberi kepada guru perpustakaan media, guru NILAM dan juga semua pentadbir sekolah.

Puan Guru Besar, guru-guru, murid-murid serta hadirin yang dihormati,

. Saya yakin guru perpustakaan dan media serta Guru NILAM telah menyediakan pelbagai aktiviti dan program untuk memastikan program NILAM berjalan lancar di peringkat sekolah. Tentu pelbagai ganjaran dan sijil telah disediakan kepada murid yang banyak membaca.
            Sebelum mengakhiri ucapan saya pada, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua warga SK Gedok khususnya kepada puan guru besar, ahli-ahli jawatankuasa yang berjaya menjalankan program pada pagi ini. Kepada semua murid yang ada dihadapan saya, teruskan lah keazaman anda untuk meningkatkan minat dalam membaca.

Saya petik kata-kata seorang sasterawan Arab :
“ Buku itu diam apabila engkau mengehendakinya diam. Berbicara apabila engkau mengehendakinya berbicara. Ia tidak akan mengganggu kalau engkau sedang bekerja tetapi apabila engkau berasa kesepian, ia akan menjadi temanmu yang baik. Engkau tidak perlu marah dan berkecil hati kepadanya. Ia merupakan teman yang tidak menipu atau bermuka dua.”

Akhir kata, dengan adanya Program NILAM ini saya berharap murid-murid yang ada di hadapan saya semakin berminat mengunjungi pusat sumber sekolah atau mana-mana perpustakaan awam juga kedai buku untuk mendapatkan bahan bacaan.

Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Teks Pengacaraan Perkhemahan

TEKS MC PENUTUPAN
PENGACARA BETUL

Etiket dan Protokol Majlis Rasmi

MySpace 2.0 Layouts
Skrip Pengacara Majlis Oracle Think Camp Skrip Pengacara Majlis Oracle Think Camp polaris5720 Skrip pengacara
contoh teks pengacara (Hari Guru) contoh teks pengacara (Hari Guru) Neuborn@N9
Teks Pengerusi Majlis Konvo 2008 Teks Pengerusi Majlis Konvo 2008 masurimasood