Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Yang Berusaha Encik Abdullah bin Yussuf
KPP BTPNNS
Encik Kamaruzzaman bin Haji Ayob
Pengerusi Badan Kebajikan BTPNNS-PKG
Para tetamu undangan :
1. .................................................................................................................
2. .................................................................................................................
3. .................................................................................................................
4. .................................................................................................................
5. .................................................................................................................
6. .................................................................................................................
7. .................................................................................................................
Rakan-rakan PTP dan staf BTPNNS serta PKG seluruh Negeri Sembilan
Tuan-tuan dan para hadirin yang dihormati sekalian.
Buat ketupat bersama rendang
Jadi hidangan di pagi hari
Saya bagi pihak majlis mengucapkan selamat datang
Ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua para tetamu jemputan dan para hadirin kerana sudi hadir dalam majlis yang diadakan pada malam ini.
Majlis pada malam ini dimulakan dengan bacaan doa oleh :.............................................
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik ...................................................atas bacaan doa itu tadi.
Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput dam mempersilakan Encik Kamaruzzaman bin Hj Ayob Penolong Pengarah BTPNNS merangkap (Pengerusi Badan Kebajikan BTPNNS-PKG) untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan....
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan tersebut.
Para hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Encik Abdullah bin Yussuf (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan). Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Tuan KPP untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan KPP atas ucapan tersebut.
Para hadirin yang dihormati sekalian, atur cara majlis diteruskan lagi dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri. Para hadirin dan semua tetamu jemputan dipersilakan menikmati juadah dan hidangan yang telah disediakan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
Baik lelaki mahupun perempuan
Janganlah malu, janganlah segan
Makanan yang terhidang jemputlah makan.
Selama sebulan kita berpuasa
Lapar dahaga sama dirasa
Bermaaf-maafan sesama kita
Semoga terhapus segala dosa
Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkirim rindu
Mari lupakan kisah yang silam
Kita buka buku yang baharu
Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassala mualaikum, w.b.t dan salam sejahtera. Jemput tuan-tuan dan semua hadirin untuk menikmati hidangan.













6 comments:
terima kasih..teks ini sgt membantu saya....
salam, minta share ye utk jadikan contoh :D terima kasih..
silakan...:)
terima kasih..
As salam...minta share ya contoh2 pengacaraan dari blog ni...terima kasih ya..-edot
tme ksh ,ia amt mbntu sy utk mgacarakan mjlis jmuan raya di politeknik tuanku syed sirajuddin untuk jbtn perdagangan.(diploma sains kesetiausahan) dahlia binti norani ;)
Post a Comment