Pengacara merupakan orang penting dalam sesebuah majlis. Ini kerana tanpa pengacara, sesuatu majlis tidak boleh berlangsung. Bilangan pengacara boleh terdiri daripada seorang atau dua (pengacara bersama). Pengacara juga mesti arif dengan latar majlis (rasmi, separa rasmi dan juga tidak rasmi), objektif (tujuan sesuatu majlis itu diadakan) dan hal ehwal program majlis (atur cara majlis). Skrip pengacaraan sesuatu majlis perlu mengikut atur cara kerana ia telah ditetapkan dan para tetamu telah diberikan kad mengenai ataur cara tersebut.
Pengacara juga mesti mempunyai ketrampilan dalam penggunaan bahasa sama ada dalam lisan atau tulisan. Ketrampilan ini penting memandangkan tumpuan majlis tertumpu kepada pengacara. Jika berlaku sesuatu perkara yang tidak dijangka, pengacara itu dapat mengatasi masalah dengan baik. Mereka juga perlu mengetahui protokol, etiket sosial, cara berpakaian dan sebagainya.Pengacara juga dikenali sebagai juruacara @ Master Of Ceremony (mc).
PERATURAN BERLISAN, SALUTASI, DAN PROTOKOL
Salutasi bermaksud cara mengamalatkan seseorang. Perkataan mengamalatkan menunjukkan cara kita menyebut pangkat, jawatan, anugerah, dan nama seseorang dengan betul. Taraf hadirin penting dalam konteks budaya di Malaysia. Justeru, skrip pengaracaraan dapat membantu pengacara menyediakan salutasi dengan menggunakan protokol yang betul. Adalah salah jika pengacara itu tersilap menyebut nama tetamunya betul.
Pengacara boleh mulakan salutasi dengan salam dan seterusnya kata-kata aluan kepada jemputan kehormat, penganjur majlis, dan para hadirin mengikut kesesuaian majlis dan juga mengikut susunan protokol. Cara menulis juga perlu diperhatikan.
Contoh Salutasi :
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Yang Berhormat Dato’ .....................
Setiausaha Kerajaan Negeri................
Yang Berbahagia Dato’ ....................
Yang Dipertua ............................
Ahli-ahli ................................
Pegawai-pegawai Kanan.....................dan Persekutuan
Tetamu kehormat, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian.
JENIS MAJLIS
Skrip pengacaraan akan berbeza mengikut majlis:
a. Majlis rasmi- Majlis perasmian/penutup, majlis taklimat kompleks, majlis penganugerahan.
b. Majlis tidak rasmi - gabungan formal dan tidak formal- majlis sosial, majlis perpisahan, majlis taklimat ringkas, majlis hiburan, dan hanya melibatkan satu taraf hadirin (tetamu hanya golongan biasa sahaja).
TATACARA PENYAMPAIAN
Pengumuman masa-anggaran sahaja. (15 minit sebelum majlis bermula) ia juga sebagai panduan kepada pengacara.Teks pengumuman perlu dibuat bagi pengacara.
Contoh:
Hadirin diminta bangun apabila pengumuman ketibaan tetamu kehormat.
Gaya penyampaian:
• Nada yang sesuai.
• Gerak laku ketika bertutur.
• Pemilihan perkataan yang mempunyai kesantunan.
• Membina ayat dengan ayat aktif.
• Gunakan bahasa kiasan.
• Amalkan bahasa yang mudah.
• Membuat penutup dengan menyatakan harapan
Kesalahan yang perlu dielakkan
Elakkan pembaziran perkataan.
Elakkan klise.
Elakkan ulangan yang tidak perlu.
Terlalu merendah diri.
Berpura-pura.
Pujian melambung.
Terlalu banyak menggunakan badan
Sindiran
Penggunaan tatabahasa yang tidak betul.
Kurang membuat hubungan dengan jemputan- memandang ke bawah.
Elakkan daripada cuba mengawal ketenangan.
Jauh Di sudut Hati...
-
Buat En Suami...
Inilah realiti yang sebenarnya..
Awak tahukan payahnya untuk saya menuturkan kata-kata
Tapi amat senang untuk saya menitipkan apa yang sa...
3 hours ago













1 comments:
nk share sikit dr tips2 ny bole?
Post a Comment